10 Petunjuk Ini Penting Untuk Tahu Si Kecil Sudah Kenyang

Bila menyuap si comel makan, macam mana hendak tahu sama ada dia sudah kenyang atau belum? Kadang kala bayi tetap mengangakan mulutnya walau sudah semangkuk penuh anda menyuapnya makan.

Kalau yang jenis cerewet makan pula, cepat sahaja dia menutup rapat mulut apabila tangan ibu hendak menyuap makan. Seboleh mungkin dia mengelakkan makanan daripada masuk ke dalam perut. Hairan ibu dibuatnya. Macam mana hendak kenyang jika satu makanan pun belum masuk ke dalam perut.

Tugas mengenal pasti anak sudah kenyang atau selesai makan menjadi tanggungjawab seorang ibu. Ia nampak remeh tetapi ia penting untuk memastikan si manja tidak terlalu kekenyangan sehingga boleh menyebabkan dia termuntah kembali apa yang dimakan.

Ia juga menjadi satu tugas yang agak ‘tricky’ terutama kepada bayi yang sudah mula belajar makan sendiri tetapi mereka belum boleh bercakap untuk memberitahu mereka sudah kenyang.

Setiap bayi mempunyai cara unik tersendiri untuk memberitahu ibu dan ayah bahawa mereka sudah kenyang tetapi beberapa petunjuk berikut ini mungkin berguna untuk dijadikan panduan memahami ‘signal’ si kecil anda.

1. Membuat muka bosan

bb1

 

2. Mula bermain dengan makanannya

Baby covered in spaghetti

 

3. Memicit dan melenyekkan makanan

bb3

 

4. Melihat ke arah ibu dan melontarkan makanan

bb4

 

5. Memasukkan makanan ke dalam lampinnya

bb5

 

6. Menolak makanan jauh daripadanya

bb6

 

7. Menggunakan lengannya untuk menolak makanan di atas dulang kerusi makannnya

bb7

 

8. Lebih berminat kepada benda selain daripada apa yang ada di kerusi makan

bb8

 

9. Cuba memanjat keluar daripada kerusi makan

bb9

 

10. Menggelengkan kepala jika ditawarkan makanan lagi

bb0

 

Jadi bila si kecil anda ada menunjukkan salah satu daripada tanda-tanda berikut, janganlah paksa dia untuk terus makan lagi. Ia hanya akan membuatkan bayi membenci sesi makannya nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved