4 Jan ~ Saja imbas kembali perkenalan dengan mertua

 

4 Jan 2014

Nak throwback sikit ๐Ÿ™ˆ

Ini ibu mertuaku. Pn.Rokiah Idris. Imbas kembali kali pertama aku jumpa dengan beliau.

Sambungan dari cerita perkenalan aku dengan suami dari facebook membawa ke sesi photoshot dan kejadian jatuh tangga sebab heels patah.

Kali pertama aku dibawa balik kampung untuk berkenalan dengan bakal mak mertua. Sepanjang perjalanan dari KL ke Temerloh jantung dup dap dup dap. Ye lah, siapa yang tak nervous kali pertama nak jumpa denganย bakal2-bakal ahli keluarga. Dari rumah asyik fikir nak pakai baju apa, nak lilit tudung mcm mana, nak cakap apa nanti. Fuhh..

Sampai di perkarangan rumah bakal mak mertua, aku diarahkan suami (masa tu belum jadi suami lagi), untuk masuk ikut pintu dapur. Katanya memang orang kampung selalu masuk ikut dapur. Masa tu fikir yang suami nak pedajal aku ni. HAHA ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Masuk2 je dapur, kat atas meja penuh bahan mentah yang dah siap-siap disusun dalam mangkuk. Macam nak buat rancangan masak2 kat Tv. Keluarla bakal mak mertua ni ke dapur dan lepas salam-salam terus beliau cakap, “masaklah semua atas meja tu, kita makan tengahari”. What??! Aku baru sampai dari KL kot. Tak berehat lagi terus kena masak?! (HAHA..nak berehat ape bukan aku yang drive pun sepanjang perjalanan dari KL-Temerloh) ๐Ÿ˜„

Bukan tak reti nak masak lauk ape, tapi bayangkan dah pertama kali kau jumpa bakal mertua, dengan nervous tak hilang lagi, kau nak goreng telur mata pun tiba-tiba dah tak reti.

Maka, sesi masak memasak lauk tengah hari tu versi Duo Star la. Bakal mak mertua vs bakal menantu. Hikhik ๐Ÿ‘๐Ÿ˜‰

Rupanya suami memangย plan suruh mak nye test kewibawaan bakal isteri dia ni kat dapur. Lulus. Walaupun bukan markah penuh๐Ÿ˜‚. Thorbaik๐Ÿ‘

Ok sekian. Nanti sambung story bulan 5 pulak. Masa anniversary. Tata titi tutu..

#sayasayangmakmertua

Cer la share kali pertama korang jumpa bakal mertua korang. Mesti ade benda kelakar kan?

pengedar-shaklee1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved