5 Amalan Ketika Hamil Kurangkan Jaundis Bayi Baru Lahir. Cubalah!

Kebanyakan bayi baru lahir mesti akan kena jaundis. Kulit bayi akan berubah warna pucat kekuningan selepas hari ketiga dilahirkan. Jaundis berlaku kepada bayi kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.

Ketika bayi dalam kandungan, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila sudah dilahirkan, bayi sendiri akan membuat proses pembuangan tersebut. Oleh kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin maka sebab itu bayi biasanya akan kena jaundis.

Bilirubin berasal dari sel darah merah. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.

Biasanya memang sukar hendak mengelakkan bayi baru lahir daripada terkena jaundis tetapi ada juga bayi yang memang bebas daripada jangkitan jaundis selepas lahir. Dikatakan semasa mengandung, ibu mengamalkan beberapa amalan berikut sehingga bayinya tidak dijangkiti jaundis langsung. Tak salah untuk cuba, mana tahu bayi anda selamat daripada jangkitan jaundis.

pregnant-exercising

1. Jaga kesihatan

Ibu mengandung hendaklah menjaga kesihatan diri sepanjang kehamilan terutama semasa trimester ketiga. Dapatkan rehat yang cukup. Amalkan pemakanan yang sihat dan jangan lupa makan suplemen yang diberikan oleh doktor.

2. Elak penggunaan ubat bersalin

Sebaiknya cuba elakkan penggunaan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin.

3. Bersedia!

Buat persediaan rapi secara fizikal dan mental semasa hamil untuk menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Jaundis akan berkurangan jika bayi kerap menyusu dan membuang najis dan air kencing.

4. Minum air kelapa

Semasa mengandung terutama pada trimester ketiga, banyakkan minum air kelapa asli tanpa campuran bahan lain seperti gula dan ais. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan.

5. Kurangkan makan halia

Kurangkan pengambilan halia di penghujung kehamilan dan selepas bersalin. Walaupun halia bagus untuk ibu baru lepas bersalin tetapi ia adalah herba yang boleh meningkatkan paras jaundis dalam badan bayi. Oleh itu jangan makan halia pada minggu-minggu awal selepas bersalin.

Walaupun amalan tersebut bukan 100 peratus dijamin tetapi ia tidak salah dicuba selagi tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved