5 PETUA TAMBAH SUSU IBU MASA BERPUASA.

Ibu mulai risau tentang bulan puasa?
Dapatkah ibu menyusukan bayi dan berpuasa?
Bagaimana pula nak tambah susu ibu bekerja?
Mampukah hasilkan zat susu sama seperti bulan biasa?

Kajian mendapati berpuasa tidak akan kurangkan hasil susu ibu tapi kekurangan air (dehydration) dalam badan boleh mengurangkan hasil susu. Berpuasa juga tidak mengubah nutrisi yang ada dalam susu ibu.

Kajian dari United States by Neville et. al. (1993), Neville & Oliva-Rasbach (1987) and Tigas et. al. (2002) membuktikan:

“Tiada penurunan ketara penghasilan susu sewaktu berpuasa (wanita dalam kajian ini tidak minum air semasa puasa). Penyesuaian metabolik telah dibuat oleh badan ibu menyusu ini sewaktu berpuasa jangka pendek bagi memastikan pengeluaran susu tidak terjejas. “

So mommies, tenang2 saja ya. Berpuasa tak kan jejaskan susu ibu secara saintifiknya. Beberapa petua yang ingin dikongsikan untuk ibu yang nak tambah susu ibu  dan bertenaga sewaktu berpuasa.

PETUA TAMBAH SUSU IBU:

#1 – MINUM AIR SECUKUPNYA

Tidak boleh tidak, ibu perlu habiskan 8 gelas air (250ml) sepanjang waktu malam untuk memastikan ibu tidak dehidrasi dan cukup air dalam badan.

Cara habiskan air semalaman:

  • 1 gelas semasa berbuka
  • 1 gelas selepas solat Magrib
  • 1 gelas sebelum solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas sebelum solat Tarawih
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas bangun bersahur
  • 1 gelas waktu sahur

Mudahkan!

TIPS!  Jika ibu tak larat minum air kosong, boleh tukarkan kepada air jus tanpa gula ya.

#2 – IKUT JADUAL MENGEPAM 3 JAM SEKALI

Puasa ni ibu jangan mengelat mengepam tau. Mengeluarkan susu satu satunya cara untuk pastikan susu baru terhasil. Pegang ketat ketat konsep Demand vs Supply. 

Makin banyak susu diperlukan oleh bayi mahupun pam, makin banyak susu dihasilkan oleh badan ibu. Set masa 3 jam sekali dalam 20-30 minit untuk mengepam.

TIPS!  Mulakan sesi pertama seawal selepas bersahur. Tambahan sesi ke empat selepas berbuka jika perlu.

#3 – BANYAKKAN PENGAMBILAN BUAH  DAN SAYURAN

Ibu menyusui harus banyak makan buah dan sayur segar untuk mendapatkan cukup vitamin dan mineral. Sayuran yang baik untuk ibu seperti:

Bayam : Dikenali raja sayur kerna nutrisinya yang sangat banyak seperti zat besi, mangan, zinc, selenium, vitamin A, C, dan K

Asparagus : Mengandungi phytoestrogen yang dapat meningkatkan produksi susu.

Aprikot : Sangat tinggi serat, vitamin A, C, kalium dan kalsium. Kandungan kalsium dalam buah ini diperkirakan bisa membantu dalam produksi susu ibu

Betik : Mengandungi phytochemical yang dapat tambahkan susu ibu. Betik juga telah digunakan sebagai ubat penenang alami dan mempengaruhi hormon oksitoksin ibu.

#4 – MAKAN KURMA WAKTU BERBUKA DAN SAHUR

Semua orang tahu kurma merupakan makanan sunnah dan sinonim dengan puasa. Majoriti kandungan kurma adalah glukosa. Oleh sebab itu, kurma disarankan sebagai makanan sewaktu berbuka puasa dan bersahur agar ibu mendapat tenaga segera dan khasiatnya cepat diserap ke dalam badan.

So, mommies semua makan kurma ya. Sehari mesti makan 3 ke 7 biji okay?

Makan waktu sahur sebiji, berbuka sebiji dan juga sebelum tidur sebiji.

Selain dari tenaga, ia membantu ibu melawaskan perut dan meningkatkan susu ibu.
Choc Dates The Milk Story mengandungi halba (fenugreek) untuk fungsi peningkatan susu.

Choc Dates TMS

Choc Dates TMS

Sejak 2011, The Milk Story by Lunatots telah banyak membantu ibu menyusu di Malaysia meneruskan penyusuan susu ibu.

#5 – AMBIL SET MILK STORY RAMADHAN

Untuk bekalan tenaga berpanjangan sepanjang siang untuk ibu berpuasa, set The Milk Story merupakan alternatif terbaik untuk ibu menyusui.

Ianya kombinasi coklat dan halba (fenugreek) yang sangat sesuai diambil oleh ibu  untuk ibu yang nak tambah susu ibu walaupun berpuasa.

Chocolate Drink TMS

Chocolate Drink TMS

Ambil set ini, sehari 3 kali.

Waktu Sahur, Waktu berbuka, Sebelum tidur

inshaAllah ibu berpuasa dengan tenang dan gembira. Tak risau lagi susu berkurang sebab berpuasa.

Diharap artikel ini dapat mengurangkan kerisauan ibu menjelang bulan Ramadhan ini.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!

Rayna MN ( 016 349 5006)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved