7 Tips Untuk Dapatkan Kulit Berseri Sebelum Raya

Kulit berseri adalah impian setiap orang. Tiada siapa yang suka jerawat, bintik-bintik hitam, mata sembap atau lingkaran hitam (panda eye). Lebih-lebih lagi nak menyambut kedatangan Hari Raya nanti. Mestilah nak nampak cantik dan berseri tanpa cela. Ikuti tips-tips di bawah untuk dapatkan kulit wajah yang bebas cela sebelum menjelang Aidilfitri tak lama lagi.

# 1 – Minum air putih yang ditapis

Seperti yang kita tahu terdapat banyak manfaat minum air putih, salah satu yang terbaik adalah untuk membantu kulit anda membersihkan kotoran dan menjadikan wajah berseri. Air membersihkan badan dan menghapuskan toksin dan bahan buangan. Ia menghidrat badan dan membuang lebihan minyak dan kotoran. Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk menyihatkan kulit dan alami perubahan ketara dengan kulit kelihatan lembap dan berseri dalam masa kurang dari seminggu. Ia mengeluarkan toksin kulit anda dan mengelakkan kulit daripada kekeringan dan kedutan. Ia juga meningkatkan sistem imun.

#2 – Penyegar

Tiga tips asas untuk mendapatkan kulit yang bersih adalah dengan mencuci, menyegar dan melembap. Tetapi apa sebenarnya fungsi penyegar? Penyegar (toner) sepatutnya digunakan selepas membersihkan kulit dengan pencuci untuk mengembalikan keseimbangan pH kulit. Penyegar kulit yang baik akan memeri kebaikan pada kulit seperti antioksidan, asid lemak, ceramides dan gliserin untuk kulit dan menyediakan dengan menjadikan kulit lebih segar, licin dan lebih muda. Penyegar adalah satu bahagian penting dalam penjagaan kulit kerana ia membantu pembersihan liang pori dan mengecilkan saiz liang terbuka serta menjadikan kulit licin dengan pH seimbang.

#3 – Skrub kulit

Kebanyakan kita menumpukan perhatian kepada mencuci, menyegar dan melembap sahaja. Tetapi tips semula jadi untuk kulit bercahaya oleh pakar-pakar menekankan pentingnya skrub kulit kerana ia adalah penyelesaian terbaik untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Skrub berkala menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti beras hancur, serbuk oat atau serbuk lentil mampu untuk membuang sel-sel kulit mati, habuk, kekotoran dan bintik hitam dari kulit dan menjadikan kulit kelihatan bersih bercahaya.

#4 – Vitamin C

Salah satu vitamin yang paling penting untuk kulit yang sihat dan sempurna adalah vitamin C. Juga dikenali sebagai asid askorbik yang membantu dalam mengekalkan keremajaan kulit dan mencegah kemunculan tanda-tanda penuaan kulit. Pengambilan vitamin C meningkatkan pengeluaran kolagen, meningkatkan kecerahan kulit, dapat mengelakkan tompok penuaan dan pigmentasi serta meningkatkan keupayaan kulit untuk melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV.

Sebahagian daripada sumber makanan terbaik vitamin C adalah blackcurrants, brokoli, jambu batu, anggur, buah kiwi, strawberi, lemon, betik dan kentang manis. Vitamin C juga boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan dan kapsul. Ia menguatkan kapilari kulit untuk pengangkutan yang lebih baik daripada nutrien ke dalam sel-sel kulit dan tisu.

#5 – Cukup rehat, cukup tidur

Tidur cukup adalah rahsia nombor satu untuk mendapatkan kulit yang berseri secara semulajadi. Hormon tekanan membawa kepada pengeluaran minyak yang berlebihan yang akan menyebabkan jerawat. Mandi air suam hangat sebelum masuk tidur dapat menjadikan tidur anda lena dan mengurangkan tekanan serta menghilangkan jerawat yang baru nak timbul.

#6 – Detoksifikasi

Cela dan jerawat pada kulit wajah biasanya disebabkan oleh pengumpulan toksin berlebihan dalam badan. Detox membantu menyingkirkan toksin keluar dari badan. Cara mudah untuk detox adalah memulakan hari anda dengan segelas air lemon suam. Dengan mengamalkan program detox, toksin akan dikeluarkan dari badan anda melalui sistem perkumuhan. Rasai perbezaan ketara kulit wajah akan menjadi lebih bersih dan glowing kerana badan tiada lagi toksin.

#7 – Skincare

Untuk mendapatkan kulit wajah yang jernih dan glowing, pemilihan skincare yang betul dan selamat amat digalakkan. Antara produk yang selamat dan sesuai dengan kulit wajah wanita di Malaysia, adalah set Glowing Speed dari DMS 360. Set ini amat berkesan untuk menjadikan kulit anda lebih berseri di pagi raya nanti!

Semoga Bermanfaat!

Rayna 016 349 5006

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved