8 Penyebab Saiz Perut Ibu Mengandung Terlalu Besar Daripada Biasa. Baik Periksa!

Kalau anda sedang mengandung, orang tegur saiz perut sangat besar hingga sukar hendak bersalin nanti ia sama sekali tidak betul. Tidak semestinya perut bakal ibu besar, bayi yang lahir juga bersaiz besar.

Saiz perut ibu tidak boleh dijadikan penentu saiz bayi yang berada dalam kandungan. Itu kata Dr Fadzilah Abdul Jalil, Pakar O&G Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

Hakikatnya saiz bayi dalam rahim ibu mengandung dapat ditentukan oleh doktor melalui kiraan saiz rahim dan usia kandungan. Biasanya pada usia tiga bulan, tinggi rahim  16sm, empat bulan 18sm, 20sm, enam bulan 24sm, tujuh bulan 28sm, lapan bulan 30sm dan sembilan bulan pula 32sm.

babybump

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perut ibu bersaiz lebih besar berbanding dengan jangkaan yang sepatutnya.

1. Tarikh persenyawaan tidak sama dengan tarikh hari pertama haid terakhir ibu hamil. Sebab itu saiz perut tidak selari dengan saiz bayi yang sedang membesar dalam rahim ibu. Oleh itu pastikan ibu sentiasa mencatat setiap tarikh hari peratma haid hinggalah ia kering. Jadikan sebagai amalan ya!

2. Ibu hamil bayi kembar atau lebih daripada dua orang bayi sudah tentu akan mempunyai saiz perut lebih  besar bagi menampung tumbesaran bayi-bayi yang berada di dalam rahim.

3. Ibu hamil yang mempunyai masalah polyhdramnois atau air ketuban yang  banyak berbanding kehamilan biasa. Kandungan air ketuban yang berlebihan itu menyebabkan saiz rahim membesar dan perut nampak lebih besar daripada yang sepatutnya.

4. Jika ibu ada masalah diabetes sepanjang tempoh mengandung maka tak mustahil saiz perut juga akan lebih besar. Ini kerana bayi yang ibu ada diabetes akan bersaiz lebih besar.

5. Untuk ibu yang mengalami masalah dalam kehamilan seperti ketumbuhan pada rahim (fibroid) dan ovari (cyst dan tumor), maka saiz perut akan lebih besar disebabkan hal tersebut sejak awal kehamilan lagi.

6. Semakin usia kandungan bertambah, saiz perut juga boleh kelihatan terlalu besar apabila ibu mengalami obesiti. Ini kerana lemak di dinding abdomen yang tebal menjadi punca kepada masalah tersebut.

7. Ibu yang hamil anak kedua atau pernah melahirkan ramai anak juga boleh mengalami saiz perut lebih besar terutamanya bagi anda yang pernah melahirkan bayi bersaiz besar ataupun anak kembar. Masalah perut besar terjadi dalam kehamilan kerana otot-otot di bahagian abdomen sudah mula meregang dan mengalami kekenduran.

8. Sekiranya ibu mempunyai rangka badan yang kecil dan bertubuh rendah. Bentuk fizikal begini akan menyebabkan perut kelihatan besar berbanding usia kandungan sebenar.

Saiz perut ibu yang besar disebabkan faktor berikut boleh membawa risiko kepada bayi dan ibu sendiri seperti kelahiran pramatang, posisi tidak normal di dalam rahim, bayi mungkin ada masalah pernafasan, jaundis atau jangkitan tertentu. Sekiranya masalah saiz perut besar disebabkan oleh air ketuban yang terlalu banyak, bayi mungkin mengalami kecacatan.

Manakala risiko kepada ibu hamil pula adalah kesukaran untuk bergerak dengan selesa sepanjang mengandung, sukar bernafas di akhir kehamilan. Risiko pendarahan selepas bersalin boleh berlaku sekiranya saiz perut besar disebabkan faktor bayi besar, bayi kembar, air ketuban banyak dan fibroid.

Oleh itu penting untuk bakal ibu menjalani pemeriksaan ultrasound secara rutin bagi doktor memantau saiz pembesaran rahim seperti yang sepatutnya mengikut usia kandungan.

 

One Comment

  1. pobierz January 27, 2017 at 3:01 am

    This is a really good tip particularly to those
    fresh to the blogosphere. Short but very accurate information… Appreciate your
    sharing this one. A must read article!

     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved