Kenapa bacaan HB rendah semasa hamil? Ketahui punca dan solusinya.

Bercakap tentang HB rendah (anemia) terutama bagi ibu-ibu hamil, pastinya ia sesuatu yang sangat sangat boring betul tak? Mana taknya, setiap kali pergi check up, kena berleter dengan nurse sebab bacaan HB tak naik-naik walaupun dah dinasihatkan untuk makan macam-macam. Dari makan sayur berdaun hijau, kerang rebus sampailah ke makanan organ dalaman seperti hati lembu untuk naikkan tahap HB. Tapi banyak mana kita perlu makan makanan-makanan tersebut baru cukup untuk buat bacaan HB kita jadi cantik setiap kali pergi check up?

Wanita yang mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dapat anemia kerana bayi perlukan sumber nutrisi dari ibu.

Punca Anemia Semasa Mengandung

  • Kekurangan zat besi dalam badan kerana kurang pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi yang cukup atau ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi yang dimakan.
  • Janin yang semakin membesar memerlukan darah yang cukup nutrisi dan zat besi untuk perkembangannya. Sebab itu ibu yang mempunyai bacaan HB rendah akan membantutkan perkembangan janin dalam kandungan.

Oh ya, bukan nak bagi bacaan HB cantik semata-mata taknak dengar nurse berleter, tapi untuk kesihatan anak dalam kandungan juga. Bahaya tau sebenarnya bila tahap HB kita rendah lebih-lebih lagi sepanjang kehamilan.

Gejala Anemia Semasa Mengandung

  • Sering rasa letih
  • Pening kepala
  • Sesak nafas
  • Degupan jantung jadi cepat
  • Rasa sesak dada
  • Kulit, kuku dan bibir jadi pucat
  • Tangan dan kaki berasa sejuk
  • Susah untuk fokus pada sesuatu

Rayna nak kongsi pengalaman sepanjang kehamilan kedua ni. Masa hamil anak pertama dulu memang tak perlu cerita lah, bacaan HB ke laut, setiap kali pergi check up, merah je bacaan HB. huhu.. sedangkan dah makan macam-macam juga bila minta nasihat orang yang berpengalaman.

Untuk kehamilan Rayna kali ni, mula-mula memang bacaan HB asyik merah je. Rayna ambil inisiatif untuk mencari-cari supplement yang boleh membantu untuk meningkatkan tahap HB. Diperkenalkan oleh seseorang untuk mencuba supplement Shaklee B-complex. Memang konsisten makan setiap hari selepas makan hidangan utama. Bila tiba waktu check-up, nurse dan doctor puji bacaan HB makin cantik dan makin cantik. Doktor tanya makan ubat apa? Sebab dia pun tahu kalau ambil ubat free dari klinik kesihatan memang ramai selalu skip. hihi….jujur je lah.

www.bizcararayna.com (1)

ha..nampak tak tu bacaan HB yang merah tu sebenarnya dah beberapa kali. Tapi Rayna nak tunjuk peningkatan tahap HB selepas konsisten makan supplement B-complex Shaklee. Badan pun tak rasa letih sepanjang kehamilan kali ni.

Pencegahan Anemia Semasa Mengandung

Mencegah anemia semasa hamil adalah dengan membuat penambahbaikan dalam diet anda. Pakar perubatan profesional menyarankan bahawa wanita mengandung mengambil 30 mg (sekurang-kurangnya tiga hidangan) zat besi setiap hari.

Contoh makanan kaya dengan zat besi ialah:

  • Daging merah
  • Telur
  • Kekacang
  • Tauhu
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan seumpamanya

Tapi nak makan makanan yang betul-betul kaya zat besi agak mencabar jugak kan lebih-lebih lagi semasa mengandung, jadi inisiatif lain dengan mengambil makanan tambahan zat besi adalah sangat disyorkan. Makanan yang tinggi vitamin C juga sebenarnya boleh membantu tubuh menyerap lebih banyak zat besi, jadi ia sangat membantu dalam diet ibu-ibu hamil untuk meningkatkan tahap HB.

016 349 5006

 

Selepas bersalin, jumlah darah dan tahap plasma dijangka kembali normal.

 

2 Comments

  1. Khairul Zamri February 10, 2017 at 3:45 pm

    Terima kasih, satu perkongsian yang menarik dan bermanfaat.

    Blog ni tak nak letak plugin commentluv ke?

     
    • admin March 6, 2017 at 3:47 am

      nak letak commentluv juga, insyallah soon 🙂

       

Leave a Reply to admin Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved