Cara Berkesan Kecilkan Liang Pori Di Wajah. Cubalah!

Liang pori yang jelas kelihatan pada kulit wajah menyebabkan keyakinan diri seseorang pada tahap rendah. Liang pori besar selalunya terjadi pada mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak.

Paling ditakuti, sebum yang berlebihan pada wajah akan membuatkan liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat akibat pengumpulan bakteria pada setiap liang pori anda!

JANGAN RISAU…

Masih ada cara untuk mengurangkan masalah liang pori besar ini.

 

# 1 – Ais

Ais mampu membantu mengecilkan liang pori. Gosokkan ketulan ais pada wajah setiap kali selepas mencuci muka atau sebelum mengenakan solekan. Ia merangsang peredaran darah pada kulit wajah dan menjadikan kulit nampak segar dan sihat. Sebab tu ada sesetengah make-up artist (MUA) akan sapukan ketulan ais pada orang yang mereka akan solek masa tu. Supaya make-up tahan lama dan tak bercapuk.

Jika anda tak boleh tekap ketulan ais pada wajah kerana terlalu sejuk, balutlah ketulan ais dengan tuala kecil yang bersih kemudian tekapkan pada wajah selama 15-30 saat setiap tekapan. Ulang beberapa kali pada keseluruhan wajah.

Alternatif lain, anda boleh gunakan rendaman air beras yang disimpan dalam peti sejuk, kemudian gunakan sebagai bilasan terakhir selepas mencuci muka.

 

+ Untuk hasil yang optimum, sapukan serum stemcell pada kulit yang masih sejuk.

 

# 2 – Cuka Epal

Cuka epal berfungsi sebagai astringen atau toner kulit semulajadi. Ia berupaya untuk mengetatkan kulit wajah dan menutup liang pori terbuka serta mengembalikan keseimbangan PH kulit. Cuka epal juga mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu merawat jerawat.

Caranya, campurkan sedikit cuka epal ini dengan air. Rendam kapas muka pada bancuhan tadi dan tekapkan pada wajah. Biarkan beberapa minit sebelum bilas dan tutup bilasan terakhir dengan air sejuk.

 

# 3 – Putih Telur

Ramai yang sedia maklum tentang keberkesanan putih telur dalam mengecilkan liang pori. Jadikan putih telur sebagai masker untuk mengurangkan pengeluaran sebum pada wajah dan menjadikan kulit kelihatan gebu dan anjal.

Caranya, keluarkan putih telur sahaja pada mangkuk dan campurkan sedikit jus lemon. Sapukan masker putih telur yang telah dicampur lemon tadi ke wajah dan terus tekapkan tisu nipis. Biarkan tisu itu melekat pada wajah sehingga masker putih telur menjadi kering. Kemudian tarik tisu bermula dari dagu membawa ke atas. Cuci bersih muka dengan air biasa dan bilasan terakhir dengan air sejuk.

# 4 – Jus Lemon

Jus lemon mengandungi asid sitrik yang berupaya untuk mengecilkan liang pori dan menghilangkan bintik hitam.

Perahkan 1 biji lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan madu asli. Sapu pada kulit dan biarkan mengering dalam 10 – 15 minit.

 

# 5 – Timun

Timun juga merupakan astringen semulajadi untuk kulit. Ia membantu mengecilkan liang pori dan memperbaiki tekstur kulit yang rosak.

Caranya, parut timun dan ambil perahan air timun untuk disapu pada kulit muka. Boleh juga gunakan kapas muka untuk sapu bahan tersebut pada wajah. Biarkan 10-15 minit pada kulit sebelum dibilas.

 

Semoga Bermanfaat!

Rayna 016 349 5006

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved