Cara Menjemput Rezeki Yang Allah Redha

  1. ~ Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara memberi 40 nasi untuk fakir miskin (gelandangan), rutin dia lakukan..

~ Ada orang yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan..

~ Ada yang mengundang rezeki, tiap minggu dia melawat anak-anak yatim, diusap-usap kepala mereka dan belikan keperluan mereka ..

~ Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar bekerja dia rutinkan untuk bersedekah kepada sesiapa sahaja mengikut kemampuannya pada hari itu..

~ Ada orang mengundang rezeki, tiap malam Jumaat dia memberi makan pada 100 orang yang tidur di jalanan. Setiap dari seorang yang menerima pemberiannya itu mendoakan dia murah rezeki..

~ Ada orang mengundang rezeki, setelah solat Subuh dia tidak tidur dan beristighfar 100 kali dan taddarus Al-Quran hingga terbit fajar..

~ Ada orang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari keuntungan bisnesnya disedekahkan. Dia yakin dengan Allah Yang Maha Kaya.

~ Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat fardhunya. Solat awal waktu. Solat berjemaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusan mereka yang menjaga solat.

~ Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat Dhuha tatkala orang lain sedang sibuk dengan urusan dunia.

~ Ada yang tiap sepertiga malam dia bangun solat Tahajjud berbisik ketika sujud kepada Maha Pencipta. Allah redha dengannya dan hidupnya diberkati.

~ Ada yang mengundang rezeki dengan cara menanam pokok buah agar semua makhluk di bumi dapat menikmati manfaat dari pokok tersebut..

 

“ Maka Yakinlah, Rezekimu Bukanlah Dari Boss Mu Atau Pelanggannmu, Tapi Rezeki Itu Dari Allah”

Jadi, undanglah rezeki datang dengan cara yang Allah redha..

Orang yang yakin Allah itu Maha Kaya, dia takkan pernah takut kemiskinan.

Jalan manakah yang kita pilih untuk mengundang rezeki?

Lakukanlah tanpa ada rasa ragu.

~ Rayna ~

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved