Hilangkan Jerawat Dengan Mudah & Cepat

Jerawat merupakan keradangan kulit di mana kelenjar minyak dijangkiti dengan bakteria, membengkak dan berisi dengan nanah.
Rembesan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak adalah punca utama di sebalik masalah ini.

Jerawat biasanya berlaku di muka, leher, belakang badan dan bahu. Walaupun tidak selalu berlaku dalam keadaan kritikal, jerawat boleh membuatkan seseorang merasa sengsara kerana penampilan mereka.

Terdapat banyak losyen dan ubat-ubatan di pasaran untuk merawat jerawat tetapi ia akan mengambil masa. Terdapat banyak kaedah semula jadi dan berkesan dalam merawat jerawat dalam tempoh masa yang singkat.

1. Ais

03-ice-cube

Ais boleh digunakan untuk mengurangkan keradangan jerawat dengan cepat. Ia membantu dalam memperbaiki peredaran darah di kawasan yang terjejas, dan mengetatkan liang-liang kulit serta membuang kotoran dan minyak yang terkumpul pada kulit.

Anda boleh menggunakan ketulan ais atau ais yang telah dihancurkan yang mana lebih mudah.

a. Balut ais dalam sehelai kain dan tekapkan pada bahagian kulit yang terjejas selama beberapa saat.
b. Tunggu beberapa minit dan ulangi proses tersebut

2. Lemon

Satu lagi cara yang cepat untuk menghilangkan jerawat ialah penggunaan jus lemon, yang kaya dengan vitamin C.
Jus lemon membantu menjadikan jerawat kering dan kecut dengan lebih cepat. Pastikan anda menggunakan jus lemon segar dan bukan jus dalam botol yang mempunyai bahan pengawet.

Terdapat beberapa cara untuk aplikasi kaedah ini.

Celupkan kapas bersih dalam jus lemon segar dan tekapkan pada jerawat sebelum tidur.

Anda juga boleh mencampurkan satu sudu besar jus lemon dengan satu sudu teh serbuk kayu manis dan titikkan ia pada jerawat semalaman. Pada waktu pagi, cuci kulit dengan air suam. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

3. Minyak Tea Tree

03-tea-tree-oil-for-acne

Minyak Tea Tree adalah sangat baik untuk merawat jerawat. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang membantu melawan bakteria yang menyebabkan masalah-masalah kulit.

Sifat anti-radang membantu mengurangkan kemerahan dan radang jerawat. Ia juga membantu mengeringkan bintik hitam dan bintik putih.

Hanya celup kapas dalam pati minyak tea tree dan tekapkan pada kawasan yang terjejas. Bilas muka anda selepas 15 hingga 20 minit.

Satu lagi pilihan adalah dengan mencampurkan beberapa titik minyak tea tree dalam 1 sudu besar aloevera gel. Sapukan pada jerawat dan biarkan selama 20 minit kemudian bilas.

Nota: Elakkan minyak tea tree jika anda mempunyai kulit sensitif.

4. Ubat Gigi

03-toothpaste-pimples

Ubat gigi yang anda gunakan setiap pagi untuk membersihkan gigi anda juga boleh digunakan untuk merawat jerawat dengan cepat. Ia adalah kaedah yang paling berkesan apabila digunakan selepas kaedah menggunakan ais. Anda mesti menggunakan ubat gigi putih dan elakkan daripada menggunakan ubat gigi jenis gel.

a. Titikkan beberapa ubat gigi putih di kawasan kulit yang terjejas sebelum tidur.
b. Pada waktu pagi, cuci muka anda dengan air dan anda akan lihat bengkak jerawat semakin susut.

Jika mahu anda boleh juga boleh menggunakan kaedah ini di siang hari. Pastikan ubat gigi kekal pada jerawat untuk sekurang-kurangnya setengah jam.

5. Wap

03-skin-treatment-face-steam

Mengewap wajah adalah kaedah berkesan untuk memulihkan kulit anda pada bila-bila masa terutamanya apabila anda mempunyai jerawat. Stim akan membuka liang-liang roma pada wajah anda dan membolehkan kulit anda untuk bernafas. Ini membantu menghilangkan minyak, kotoran dan bakteria yang terperangkap dalam liangroma yang boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan.

a. Isi bekas yang besar dengan air panas dan biarkan wap untuk bersentuhan dengan muka anda untuk beberapa minit.
b. Pastikan wajah selari pada bekas air tadi dan selubungkan kepala beserta wajah dengan kain tuala agar wap dapat difokuskan pada wajah sahaja.
c. Bilas muka dengan air bersuhu normal dan keringkan wajah.
d. Sapukan pelembap bebas minyak untuk rasa nyaman pada wajah.

6. Bawang Putih

03-garlic

Bawang putih adalah bahan anti-virus, anti-kulat, antiseptik dan antioksidan yang boleh membantu dalam merawat jerawat dengan cepat. Kandungan sulfur dalam bawang putih juga menggalakkan penyembuhan luka dan radang jerawat.

Potong ulas bawang putih segar ke dalam dua keping. Gosok bawang putih pada jerawat dan biarkan selama lima minit sebelum membasuh kulit wajah dengan air suam. Ulangi kaedah ini beberapa kali sehari.

Makan satu ulas bawang putih mentah setiap hari juga boleh membantu membersihkan darah anda. Tetapi jangan terlalu banyak makan bawang putih mentah kerana ia boleh mengganggu perut.

7. Baking Soda

03-baking-soda

Baking soda adalah satu lagi kaedah rawatan wajah di rumah yang berkesan untuk menghilangkan jerawat kerana ia membantu menghapuskan sel kulit mati, menghapuskan minyak berlebihan dan kotoran yang terperangkap di liang pori wajah.

Buatkan pes tebal dengan mencampurkan satu sudu teh baking soda dengan air atau jus lemon. Tepekkan pada kawasan jerawat dan biarkan hingga kering dalam beberapa minit sahaja. Jangan sekali-kali menepek baking soda pada kulit anda untuk jangka masa yang lama daripada beberapa minit kerana ia boleh menyebabkan kekeringan kulit atau kerengsaan.

a. Cuci muka dengan air suam.
b. Ulangi proses ini dua kali sehari untuk hasil yang cepat.

8. Madu

03-honey

Madu adalah sumber antibiotik semulajadi yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan dan juga membantu mencegah jangkitan.

a. Rendam kapas yang bersih dalam madu, letakkan ia secara langsung di kawasan yang terjejas dan biarkan selama setengah jam.
b. Basuh kulit dengan air suam.

Satu lagi pilihan adalah untuk campuran madu dan kayu manis bersama-sama untuk membuat pes dan tepek pada jerawat sebelum tidur. Pada waktu pagi, akan rasa kurang keradangan atau bengkak jerawat semakin kecut. Cuci kulit dengan air sejuk.

9. Timun

03-cucumber

Timun adalah sumber yang kaya dengan kalium dan vitamin A, C dan E. Ia juga mempunyai elemen penyejukan dan kesan menenangkan pada kulit wajah. Potong satu atau dua timun segar secara keping-keping dan rendam dalam air selama kira-kira sejam. Nutrien seperti vitamin A, kalium dan klorofil akan memindahkan khasiat timun pada air.

Minum air tersebut atau gunakan air itu untuk mencuci muka anda.

Anda juga boleh membuat topeng muka dengan mengisar satu timun. Sapukan kisaran timun segar tadi pada muka anda dan biarkan hingga kering selama 15 minit. Cuci kulit dengan air suam. Ini akan membantu mencuci kotoran yang terperangkap di wajah dan membunuh bakteria daripada liang-liang pori wajah anda.

10. Betik

03-face-masks-yourself-do-with-papaya-face-mask

Betik merupakan buah yang mempunyai ciri-ciri yang membantu dalam rawatan jerawat. Ia adalah sumber baik bagi vitamin A, agen antioksidan dan ia mempunyai enzim yang membantu mengurangkan keradangan dan menjadikan kulit anda lembut dan licin.

a. Hancurkan buah betik mentah untuk mengeluarkan jus dan tepek atas jerawat. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum membilasnya.
b. Untuk buat topeng muka, lenyekkan beberapa keping betik dan tambah sedikit madu. Sapukan pes ini pada muka anda dan urut perlahan-lahan. Biarkan sehingga ia kering sepenuhnya dan kemudian bilas.

“Selamat Mencuba Sayang-Sayangku!”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved