Nak Kulit Cantik Tanpa Jeragat?

Jeragat musuh utama kulit wajah wanita Asia. Kenapa ya macam tu?

Sebabnya negara kita beriklim panas dan lembap sepanjang tahun yang menyebabkan wanita mudah mendapat bintik hitam atau dipanggil jeragat.

Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal jeragat ni. Walaupun dah ada nampak kesan jeragat pada kulit wajah mereka masih anggap itu biasa dan akan hilang. Sebenarnya tak!

Okay, Rayna share sikit apa itu jeragat.

Jeragat adalah masalah kulit yang menyebabkan tompok-tompok muncul di kulit wajah dan berwarna kelabu-coklat. Jeragat biasanya muncul pada:

  • pipi
  • dahi
  • hidung
  • dagu

Ia juga boleh berlaku pada leher dan lengan dan bahagian badan yang banyak terdedah kepada sinaran matahari. Perubahan warna kulit akibat jeragat ini tak mendatangkan apa-apa kecederaan fizikal, tetapi anda mungkin rasa tak selesa terhadap kemunculannya.

Punca dan Faktor Risiko Jeragat

  • Terlalu terdedah dengan cahaya matahari
    • sinar ultraungu akan beri kesan kepada sel-sel yang mengawal pigmen (melanosit).
  • Pengambilan pil perancang kehamilan
  • Tekanan emosi
  • Penyakit tiroid

 

Masalah jeragat ni boleh dirawat ke?

Bagi sesetengah wanita, jeragat akan hilang dengan sendiri. Ini biasanya berlaku apabila ia disebabkan oleh kehamilan atau pil perancang kehamilan.

Jeragat masih boleh dirawat dan dikawal dengan penjagaan kulit yang rapi dan pemilihan skincare yang sesuai.

Terdapat beberapa amalan yang boleh menghindarkan jeragat muncul di wajah:

  • Pakai Krim Tabir Suria (sunblock)

Sapukan krim tabir suria yang dapat melindungi pancaran terus matahari kepada kulit wajah yang meningkatkan potensi seseorang individu untuk mendapat jeragat.

Lebih banyak seseorang terdedah kepada sinaran matahari, potensi untuk mendapat pigmentasi di wajah semakin tinggi walaupun kesan jeragat pada wajah tidak muncul secara mendadak.

Biasanya atlet, ahli scuba dan individu yang bekerja di bawah terik matahari biasanya mudah mendapat jeragat berbanding mereka yang bekerja di dalam pejabat.

Tapi tak semestinya bekerja dalam suasana berhawa dingin anda selamat dari sinaran ultraviolet (UV). So, pemakaian krim siang adalah sangat penting bagi mengurangkan masalah jeragat daripada berlaku.

Krim siang ini perlu dipakai dua kali sehari bagi mengurangkan potensi kulit wajah dari mengalami pigmentasi.

Mungkin bagi mereka yang rasa tiada masalah jeragat sekarang ni boleh hooray hooray, tapi perlu diketahui bahawa jeragat ni tidak semestinya berlaku sebaik kita terdedah kepada sinaran matahari, ia mengambil masa bertahun untuk muncul pada wajah. Dan pada masa itu mungkin agak terlambat untuk ambil langkah pencegahan kerana jeragat ni memang sukar untuk dihilangkan.

Krim tabir suria yang mengandungi SPF 50 antara yang disarankan untuk menangani masalah jeragat pada wajah. Penggunaanya dapat memantulkan sinaran UV dan memperlahankan proses pigmentasi yang berlaku pada wajah. Jadikan pemakaian krim siang sebagai rutin harian bagi penjagaan kecantikan kulit.

Set yang sesuai untuk menghindari jeragat:

DMS ONE dari DMS 360

Set DMS ONE ni diformulasikan dari rahsia kecantikan wanita Korea. Mempunyai kandungan kolagen bagi setiap bahan yang terdapat dalam DMS ONE (sabun pencuci, krim siang dan krim malam)

  • Penggunaan serum yang sesuai

Selain pemakaian krim siang, penggunaan serum muka yang sesuai juga antara faktor mencegah kemunculan jeragat pada wajah. Pilihlah serum yang sesuai dan paling baik untuk kulit anda. Serum merupakan makanan untuk kulit kekal cantik kerana ia mampu menyerap sehingga ke dalam lapisan kulit paling dalam.

Serum yang sesuai untuk mencegah kemunculan jeragat adalah Serum Glowing dari DMS 360.

Okay sekian perkongsian untuk isu jeragat ni.

Salam sayang..

Rayna Mohd Noor.

 

One Comment

  1. Khairul Zamri February 16, 2017 at 6:12 am

    Bagus juga produk ini sesuai untuk mereka yang ada jeragat kat muka

     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved