Jom Jalan-Jalan di Movie Animation Park Studios IPOH

Jika pada tahun-tahun lalu, setibanya musim cuti sekolah seperti sekarang ini, orang ramai berebut untuk ke kawasan-kawasan rekreasi terkenal.

Di selatan tanah air, korang ada Legoland Malaysia. Kalau untung badan berbajet lebih, rentas saja Selat Tebrau dan terus tuju ke Universal Studio Sentosa di Singapura.

Kalau anak saudara korang rasakan Kuala Lumpur ni panas sangat (sebenarnya korang yang panas kan), hop onto your car dan pandu saja  ke Genting Highlands atau Bukit Tinggi, Pahang.

Laut sanggup diredah, gunung sanggup didaki. Macam Puteri Gunung Ledang sangat, semata-mata untuk mendapatkan percutian Hari Raya yang berkualiti dengan keluarga. Hehe..

Guess what, kini korang ada pilihan terbaru yang tak memerlukan korang memandu jauh keluar dari Kuala Lumpur.

Hello Movie Animation Park Studios (MAPS) !

Terletak di Bandar Baru Meru Raya, Ipoh Perak, taman tema terbaru Malaysia bernilai RM520 juta ini telah menemui orang ramai bermula hari Isnin yang lalu dan daripada respon yang diberikan di Twitter dan Facebook, MAPS definitely does not dissapoint.

Pembukaan taman tema itu cukup bermakna bukan saja untuk pengunjung tetapi juga untuk negeri Perak memandangkan ia adalah taman tema berkonsepkan animasi pertama yang dibina di Asia.

MAPS menawarkan lebih daripada 40 jenis tarikan yang dibahagikan kepada 6 zon berbeza.

REMAJA sendiri berkesempatan mendengar cerita menarik daripada kalangan pengunjung dan MAPS mempunyai beberapa lokasi best yang membuatkan ia wajib dikunjungi.

 

1. Restoran Starship 3 Tingkat

Restoran terbesar di MAPS ini boleh memuatkan 500 orang pengunjung pada satu-satu masa. Kalau korang mempunyai adik dan anak saudara yang masih kecil, pasti mereka akan menikmati masa makan tengah hari di sini.

Dalamnya penuh dengan dekorasi seperti berada di angkasa lepas. Senanglah korang dapatkan attention mereka untuk makan senyap-senyap tanpa bantuan video YouTube pada smart phone. Oops.

Jangan juga lepaskan peluang mengambil OOTD di hadapan Starship Restaurant ini. Mesti banyak idea posing korang di sini.

 

2. Permainan Smurfs Pertama Di Asia

Kehadiran keluarga si kecil biru ini seperti berada di merata-rata tempat di MAPS, Ipoh. Ini kerana terdapat pelbagai attractions di sini yang bertemakan Smurfs.

Contohnya, untuk kanak-kanak mereka wajib ke The Smurfs Partyland kerana ada pelbagai permainan di situ untuk yang berbadan kenit.

Untuk korang yang dah terlebih saiz ni, ajak keluarga dan kawan ke The Adventurers Bumper Blast untuk bumper car experience serta ke The Smurfs Theatre untuk melihat persembahan CGI 3 Dimensi Smurfs.

 

3. Persembahan Stunt Car

Korang ingat bila dah drift masa balik kampung tempoh hari, dah kira hebat lah tu. Cuba korang saksikan pula persembahan 15 minit aksi-aksi ekstrem pemandu kereta dan penunggan motorsikal di Stunt Legends Arena.

Ternganga mulut beb!

Menariknya, ia juga merupakan arena stun sebegitu rupa yang pertama di Asia Tenggara.

 

4. Space X-plorers

Okay, ni bukan sekadar permainan yang naik turun seperti pirate ship tu, tempat duduk korang berpusing 360 darjah sekali! Pada mulanya, memang rasa macho dengan muka yang bajet tak takutkan apa-apa. Kira “Bring It On!” lah konsepnya.

Tapi selepas seminit berlalu, baru korang dapat rasakan thrill menaiki Space X-Plorers ni.

P.S: Jangan makan setengah jam sebelum naik. Kalau tak, habis rambut orang yang duduk di depan korang. Hehe..

 

5. Megamind Megadrop Tower

52 meter di awangan sebelum korang jatuh macam cempedak baru masak? Hehe..tak adalah jatuh sampai begitu sekali. Jangan risau, all precautionary steps have been taken.

Bukan saja Megamind mencabar mentaliti korang, ia juga menyajikan pemandangan maha hebat kawasan MAPS Ipoh dari udara!

 

6. Hyperspin

Bagi korang yang pernah menaiki buaian raksasa ini di Genting Highlands dulu, ia sebenarnya menawarkan konsep yang lebih kurang sama.

Sementara Genting masih dalam proses baik pulih, apa kata korang lepas gian di MAPS Ipoh. Cuma, Hyperspin pada kali ini dikatakan lebih mencabar sedikit kerana darjah sudut buaian yang lebih condong daripada biasa, macam yang cikgu korang pernah explain dalam subjek Fizik dulu.

Eh!

Sebenarnya, ini baru sedikit. Ada banyak lagi tarikan yang menanti pengunjung di MAPS Ipoh.

Korang kena rasakan sendiri pengalaman di sana. Layari http://www.mapsperak.com/ untuk info lanjut okay.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved