Kenapa Perempuan Lebih Cepat Tua Berbanding Lelaki?

SEBAB PEREMPUAN LEBIH CEPAT KEHILANGAN KALSIUM BERBANDING LELAKI…

Ramai yang mengabaikan isu kekurangan kalsium ni. Tau tak selain osteoporosis, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan rambut yang lemah, kuku yang rapuh, daya ingatan lemah, dan sawan.

Kalsium ni merupakan mineral yang SANGAT-SANGAT penting. Kenapa Rayna cakap ia sangat penting? Sebab badan kita gunakan kalsium untuk menstabilkan tekanan darah selain untuk tulang dan gigi jadi kuat. Ayat kedengaran klise sangat kan? Huhu..

Tapi betul, bila badan kita tak dapat sumber kalsium dengan cukup, banyak gejala kekurangan kalsium ni akan berlaku termasuklah sakit pinggang bila angkat benda berat-berat, kekejangan (terutama ibu hamil). Ibu hamil kerap mengalami kaki kejang kan? Terutama waktu malam, nak-nak ia menyerang ketika tengah tidur. Azabnya hanya Allah sahaja yang tahu. Rayna faham sebab Rayna pun pernah mengalaminya masa hamil anak pertama dulu.

Apa yang menyebabkan kita kekurangan kalsium?

Mesti ramai yang nak tahu apa sebab kita kurang kalsium? Kurang minum susu ke?

Okay, jom Rayna share ilmu sikit.

  • Proses penuaan semula jadi boleh menyebabkan kita kekurangan kalsium. Kebanyakan kalsium dalam badan kita disimpan dalam tulang. Bila umur meningkat, tulang kita mula nipis atau menjadi kurang padat. So, kat sini dah nampak kita memang perlukan kalsium dalam kehidupan seharian kita.
  • Bagi kanak-kanak dan remaja, pengambilan kalsium adalah sama bagi kedua-dua jantina. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), pengambilan kalsium harian adalah seperti berikut:

Kalsium1

Manakala keperluan kalsium bagi orang dewasa ialah:

Kalsium2

  • Wanita perlu meningkatkan pengambilan kalsium dalam hidup lebih sedikit berbanding lelaki, bermula pada pertengahan umur. Kenapa ya macam tu? Ini adalah kerana wanita berdepan dengan fasa kehamilan, kelahiran dan seterusnya fasa menopaus. Dari fasa kehamilan lagi wanita telah kehilangan banyak kalsium. Sebab itu ramai wanita mengalami osteoporosis (tulang reput) lebih ramai berbanding lelaki. Penurunan hormon estrogen semasa menopaus menyebabkan tulang wanita jadi nipis lebih cepat.

Kekurangan kalsium tidak akan menampakkan kesan jangka pendek kerana badan masih mengekalkan tahap kalsium dengan mengambil terus daripada tulang. Tapi untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kesan yang serius!

Apakah tanda-tanda penyakit kekurangan kalsium?

Pada peringkat awal kekurangan kalsium tidak akan menyebabkan apa-apa gejala. Walau bagaimanapun, pengambilan kalsium dari tulang secara senyap supaya badan terus berfungsi. Ini yang kita tak nampak. Tapi kesannya apabila umur meningkat.

Gejala yang teruk penyakit kekurangan kalsium termasuk:

  • kekeliruan atau hilang ingatan
  • kekejangan otot
  • kebas pada tangan, kaki, dan muka
  • kemurungan
  • halusinasi
  • kuku yang lemah dan rapuh
  • keretakan yang mudah dari tulang

Kekurangan kalsium boleh menjejaskan semua bahagian badan, menyebabkan kuku jadi rapuh, pertumbuhan rambut yang lebih perlahan, serta kulit nipis.

Kalsium juga sangat penting dalam pengecutan otot. Jadi, kekurangan kalsium boleh membawa kepada sawan pada orang yang sihat.

Bagaimanakah penyakit kekurangan kalsium dirawat?

Kekurangan kalsium biasanya mudah untuk dirawat. Selain menambah jumlah kalsium dalam pengambilan diet seharian kita, dicadangkan pengambilan makanan tambahan yang ada unsur kalsium seperti:

  • kalsium karbonat (paling mahal dan mempunyai elemen kalsium paling lengkap)
  • kalsium sitrat (amat mudah diserap)
  • kalsium fosfat (juga mudah diserap dan tidak menyebabkan sembelit)

Suplemen kalsium boleh didapati dalam bentuk cecair, tablet, dan bentuk kunyah.

Antara kalsium kesukaan Rayna adalah Ostematrix dari Shaklee. Sebab senang nak telan. Hihi…

RAYNA (1)

Untuk kehamilan kedua ni memang Rayna tak pernah skip kalsium Ostematrix ni dan Alhamdulillah tak ada dah kekejangan pada kaki setiap malam.

Di samping memenuhi keperluan kalsium kita, pastikan tidak terlebih dos kalsium pula dalam badan. Nanti jadi benda lain pulak. Haha.. besederhana dalam setiap tindakan.

Salam sayang..

Rayna Mohd Noor.

OSTEMATRIX

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved