Punca Ibu Sakit Kepala Semasa Menyusukan Bayi

 

Pernah tak anda rasa pening semasa menyusukan bayi? Takkanlah menyusukan anak pun boleh buatĀ ibu sakit kepala. Ada sesetengah ibu pernah mengalami sakit kepala ketika menyusukan anak. Tetapi jangan salahkan susu ibu kerana menyusukan anak sama sekali tidak akan menyebabkan ibu sakit kepala.

Sakit kepala ketika menyusukan anak atau lebih dikenali sebagai lactation headache dalam terma bab penyusuan boleh berlaku kerana disebabkan oleh turun naiknya hormon oksitosin dalam proses menyusu.

Sakit kepala yang disebabkan hormon oksitosin ini tidak berbahaya. Kejadiannya sama seperti sakit kepala yang dirasakan apabila hormon oksitosin dilepaskan badan ketika orgasme atau semasa kontraksi bersalin.

Selain sebab-sebab yang disebutkan itu, ada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh ibu semasa menyusukan bayi sehingga menimbulkan sakit kepala. Antaranya:

1. Kurang minum air masak. Dehidrasi boleh mencetuskan sakit kepala.

2. Terlalu banyak minum air bergas atau kopi. Minuman seperti ini bersifat diuretik atau menahan cairan.

3. Kurang tidur. Kurang tidur dapat menyebabkan tekanan darah turun. Akibatnya timbul sakit kepala.

4. Salah posisi badan semasa menyusukan bayi. Cuba pastikan kedudukan badan sentiasa relaks atau tidak ada yang tegang semasa menyusukan anak.

5. Kerap menyusukan anak sambil berbaring, tetapi tidak bertukar sisi. Kalau anda menyusukan anak sambil berbaring pastikan berganti sisi sekerap mungkin.

6. Stres dan memiliki perasaan tegang semasa menyusukan anak. Minta tolong suami untuk mengurut bahu atau belakang badan anda bagi mengurangkan tekanan.

7. Banyak makan makanan yang dapat menyebabkan migrain. Sekiranya anda memang jenis yang ada migrain, sebaiknya buat sendiri makanan tenusu untuk memantau pengambilan makanan.

Kalau anda pernah melalui pengalaman sakit kepala semasa menyusukan bayi, cubalah elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjadi punca masalah tersebut.

 

Semoga bermanfaat !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved