Sedapnya Peneram . . .

Hai korang.. waahhh tak ter’update’ blog Rayna ni konon busy sangat buat peneram. Dulu ajar orang buat peneram je sekarang makin banyak order sampai tak sempat-sempat nak update.

Rayna ada jual peneram homemade yang fresh diuli dan digoreng setiap hari. Resipi asli tak ada tambahan resipi moden. Rayna ada buat video ajar Teknik Buat Doh Peneram tapi ramai cakap diorang konfius tengok video Rayna tu. Takpe, nanti Rayna buat video baru yang lebih detail cara pembuatan kuih peneram yer.. tunggu tau.

Buat peminat kuih peneram ni, Rayna tau ramai yang ada masalah dalam mencari peneram yang betul-betul kena dengan citarasa, Antara yang Rayna tau ialah:

  • “kenapa makan kuih peneram ada yg rasa macam berpasir dalam mulut?”
  • “saya suka peneram yang rangup luar, lembut dalam”
  • “saya suka peneram yang gebu-gebu”

haa…gitulah antara yang Rayna tau. Sebenarnya resipi peneram asli ni semua sama je. Cuma TEKNIK pembuatannya sahaja berbeza-beza yang menjadikan peneram tu menepati citarasa ataupun tidak.

Resipi Peneram Comel Rayna ni 100% asli dan tak ada langsung tambahan gula putih atau tepung gandum. Hanya guna tepung beras dan gula merah sahaja.

Kalau macam dalam peket ni Rayna jual RM 9.00 sahaja. Untuk postage, Rayna pakai dalam box macam dalam gambar bawah ni

Tapi yang dalam bekas ni harganya RM 19.00 la tak termasuk harga pos. Dalam box ni ada 60 biji peneram yang bersaiz sederhana comel. hihi..

Kalau nak order terus whatsap Rayna tau.

016 349 5006

RM 9.00

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2018 Vogue!. All Rights Reserved