Siapa Kata Ibu Mengandung Tak Boleh Bercuti Naik Kapal Terbang, Cuma Ikut 10 Panduan Ini!

“Alamak, boleh ke aku ‘fly’ ke oversea ni.  Perut dah makin besar,”

Bolehkah wanita hamil menaiki kapal terbang ketika hamil? Apakah akan menjejaskan keselamatan diri dan kandungan apabila perlu menggunakan perkhidmatan kapal terbang?

Jangan risau kerana apabila berbicara soal keselamatan ibu hamil naik kapal terbang, ia sebenarnya adalah pengangkutan selamat sehingga kandungan ibu berusia 36 minggu.

Suatu kajian mengenai risiko menaiki kapal terbang ketika hamil yang diterbitkan dalam Journal of Occupational and Environmental Medicine merumuskan bahawa ia tidak menemukan sebarang risiko tinggi komplikasi kehamilan untuk kaki tangan syarikat penerbangan mahupun orang awam.

Bagaimanapun, biarpun diklasifikasikan sebagai selamat, ibu hamil masih perlu mengambil tahu beberapa faktor risiko yang mungkin boleh timbul.

A. Radiasi kosmik. Kapal terbang melalui kawasan atmosfera yang nipis lalu mengurangkan perlindungan diri terhadap radiasi. Lebih lama atau kerap menaiki kapal terbang semakin tinggi paras kapal terbang, lebih banyak pendedahan radiasi kosmik yang boleh dialami. Tetapi tiada bukti saintifik menunjukkan kesan buruk kepada fetus yang disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi.

B. Risiko thrombosis. Ibu hamil berisiko mengalami darah beku dalam salur darah (thrombosis atau DVT). Ini mungkin berpunca daripada tempoh masa penerbangan yang dilalui. Kurang minum air juga akan cenderung mengakibatkan dehidrasi, seterusnya mencetuskan DVT.

C. Kelahiran pramatang. Bagi ibu yang hamil kembar, dikhuatiri boleh berlaku kelahiran pramatang, sebab itu kebanyakan doktor tidak menggalakkan ibu hamil menaiki kapal terbang ketika kandungan berusia 32 minggu.

travel_pregnant

Oleh itu sebelum menggunakan perkhidmatan kapal terbang, pastikan anda mengambil tahu beberapa panduan berikut:

1. Periksa peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan terlebih dahulu sebelum membeli tiket ke mana-mana destinasi.

2. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang risiko untuk menaiki kapal terbang seperti uri di bawah, kontraksi pramatang, pendarahan, sejarah DVT, kencing manis dan darah tinggi tidak terkawal. Jangan lupa untuk membawa bersama buku rekod kesihatan anda kerana ia boleh dijadikan rujukan oleh doktor jika berlaku hal kecemasan.

3. Sudah melepasi tahap morning sickness yang teruk. Oleh itu ibu hamil tidak digalakkan melakukan aktiviti penerbangan sebelum kandungan berusia 12 minggu untuk mengelakkan kemudaratan. Waktu terbaik untuk bercuti iaitu antara bulan ke-4 dan ke-6 kehamilan.

4. Pilih destinasi yang sesuai. Sebaiknya elakkan penerbangan yang mengambil masa terlalu lama dan panjang kerana ia mungkin boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan.

5. Pakai pakaian yang selesa dan longgar sepanjang perjalanan.

6. Minta tempat duduk di bahagian aisle bagi memudahkan anda pergi ke tandas.

7. Kerapkan berjalan di lorong pesawat setiap dua jam sekali untuk melancaran aliran darah (jika perjalanan ke destinasi mengambil masa yang panjang).

8. Minum banyak air masak untuk mengelakkan masalah dehidrasi. Jangan lupa bawa ubat-ubatan yang diperlukan sepanjang perjalanan becuti.

9. Digalakkan memakai compression socks yang boleh dibeli di farmasi. Jangan lupa gerakkan kaki setiap 30 minit sekali untuk mengelakkan masalah kekejangan kaki.

10. Sentiasa memakai tali pinggang keledar sepanjang masa.

Semoga rancangan percutian bersama suami sebelum kelahiran bayi dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved