Tips Atasi Masalah Sukar Tidur Atau Insomnia

Masuk tidur pukul 11 malam. Namun sampai pukul 3 pagi, masih belum dapat lelapkan mata. Memang seksa rasanya. Lebih malang lagi jika esoknya tu adalah waktu bekerja. Dah masuk office dengan muka letih lesu tak cukup tidur. Mulalah terlelap depan PC office. Silap haribulan dapat warning letter dari company. Huhuhu….

 

Sebenarnya masalah sukar tidur banyak berpunca dari kecelaruan fungsi otak anda. Orang yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lebih lemah. Jika anda menghadapi masalah ini, cepatlah rawat sekarang! Tapi jangan sekali kali guna ubat tidur sebab ia boleh jejaskan kesihatan.

 

Cara Berkesan Atasi Masalah Sukar Tidur

 

# 1 – Salah satu punca susah nak tidur ialah pada waktu siang kita asyik berfikir dan berfikir. Ini menyebabkan otak kita terus menerus berfikir diluar kawalan tanpa disedari. So cara terbaik ialah kurangkan berfikir yang keterlaluan di siang hari. Mungkin boleh dengarkan alunan lagu2 yang menenangkan atau bacaan quran.

 

# 2 – Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Sama ada siang atau malam. Elakkan dari berfikir ketika baring kerana ia akan jadi satu tabiat pada diri kita dan akan bawa ke bilik tidur. Didiklah diri anda untuk tidak berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masa untuk anda berehat, bukan berfikir.

 

# 3 – Jadikan malam anda waktu untuk beristirehat. Jangan buat kerja pejabat di waktu malam. Jangan terlalu fikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa untuk tenangkan fikiran dan berehat. Kurangkan aktiviti yang membuat anda kuat berfikir pada waktu malam.

 

# 4 – Elakkan minum air berkafein pada waktu malam. Minuman berkafein akan merangsang otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Juga elakkan makanan berat 2 jam sebelum tidur.

 

# 5 – Elakkan tidur selepas Asar dan waktu Maghrib. Sebenarnya pada waktu ini tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga dalam badan akan dibawa ke otak dan anda sukar untuk tidur pada waktu malam. Sebab itu dalam islam, waktu selepas Asar tu sangat baik untuk lakukan aktiviti beriadah.

 

# 6 – Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur lena dan nyenyak pada waktu malam.

 

# 7 – Berzikir juga amat bagus untuk mengelakkan anda berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk bilik tidur. Amalkan juga bacaan surah 3 Qul dan ayat kursi. Insyallah sangat membantu.

 

# 8 – Terapi minyak pati (essential oil) membantu seimbangkan hormon tidur. Minyak pati yang sesuai untuk masalah sukar tidur ni adalah jenis Vertiver. Anda boleh gunakan ia sama ada secara diffuser untuk aromaterapi atau sapuan terus pada titik-titik saraf.

 

Semoga bermanfaat!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved