Tips Dimudahkan Urusan Rezeki

Saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa.
Tak hebat pun saya kalau Allah tak bantu saya.
#1. Selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat untung jualan, bayar hutang dulu. Sedekahkan 20 Al fatihah pada mak ayah yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
#2. Setiap pagi lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. Setiap kali sebut astaghfirullah hal’azim.. “Ampunkan aku Ya Allah”. Minta ampun betul-betul setiap pagi.
#3. Lepas tu baru solat dhuha. Bila dhuha saya tak doa nak rezeki. Masa lepas doa saya buat sesi bersyukur. Bagitahu “ya Allah terima kasih bangun lagi aku pagi ni untuk mohon ampun pada Mu. “ya Allah terima kasih aku ada suami yang baik”
Senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyak-banyaknya. Menitik air mata bila senaraikan. Allah…malu dah nak minta lagi banyak.
Jaga aurat! Labuhkan baju, tudung dan pakai stokin.
Istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyaknya rezeki.
Nak tips lagi ke?
#4. Saya biasanya buka handphone selepas jam 10 pagi. Selepas saya siap 3 perkara di atas.
Sepanjang bekerja banyakkan zikir hasbunallahuwanikmalwakil – (maksudnya “cukuplah Allah bagi ku aku serah pada Mu ya Allah semua urusan ku”)
#5. Saya berhenti rehat 10 minit sebelum zuhur. Habiskan 1 surah pendek Al-waqiah sambil tunggu zuhur.
Selepas solat amalkan:
33 kali Alhamdulillah
33 kali Subhanallah
33 kali Allahuakbar
33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad
Kemudian sambung keje.
Stop 10 minit sebelum asar utk baca surah Al-Mulk dan asar awal waktu.
Bila saya amalkan ni masa saya terasa sangaaaaat panjang. Banyak benda boleh buat.
Dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.
Nak lagi tips?
#6. Lebihkan masa bersama keluarga selepas asar sehingga waktu maghrib jemaah sama-sama sehingga lah waktu isyak.
Tak dapat di masjid, amalkn di rumah.
#7. Setiap hari amalkan sedekah walau pun seringgit. Masa saya susah hutang banyak.. saya buat air sirap, letak dalam botol banyak-banyak dan sedekah pada orang sapu-sapu sampah tepi jalan. Tu je saya mampu buat masa tu.
#8. Antara hutang dengan sedekah, utamakan bayar hutang dahulu. Tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga.. sedekah ilmu.
#9. Saya tak mampu sedekah wang, saya ajar orang lain menjual secara percuma. Saya nak sedekah ilmu sahaja.
Nak lagi ke tips? Takut bosan je hehehe..
#10. Sebelum masuk tidur amalkan 1000 istighfar mohon ampun apa kita dah buat seharian.
#11. Solat taubat sebelum tidur. Biasanya saya tido awal jam 10 malam dan bangun balik jam 11 malam sehinggalah jam 3 pagi.
Atau saya tido jam 12 malam bangun jam 4 pagi.
#12. Masa ni jam 4 pagi awak tahajud minta lah dengan tepat. Doa betul-betul minta merayu betul-betul pada Allah. Kalau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa. Bila nak langsaikan.
#13. Sebelum tidur minta maaf dengan suami. Jaga betul-betul hubungan suami isteri. Lebihkan akhirat. Lebihkan suami daripada bisnes.
Ada lagi nak tips ke? hihi..
#14. Paling susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit.. Saling terima kurang lebih masing-masing. Kita semua tak sempurna.
#15. Redha apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.
#16. Mula belajar rendahkan ego. Kalau orang tu berjaya, pergi jumpa dia dan belajar. Hormat guru kita.
#17. Sentiasa lah merendah diri. Ketika dipuji atau mendapat pujian, segera kembalikan pada Yang Kuasa (Alhamdulillah). Bisik pada diri, kau hanya meminjam.
#18. Jaga orang tua. Berkhidmat masa mereka masih ada. Saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti kerja untuk jaga arwah mak sendiri. Keluar masuk wad dengan dia sehingga lah mandian terakhir di pangkuan saya.
Eh terpanjang pula hihihi. Nanti saya sambung lagi jika masih ada yang mahu. Nak tips lagi ke?
Tips 18 tu saya akan buat 1 posting.
Sumber: Facebook ‘Junaina Ahmad Tbarani
Semoga bermanfaat.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved