Warkah Buat Para Suami…

suami-soleh-dan-isteri-solehah

Wahai Suami…

Jika isterimu mempunyai pendapatan sendiri, bukan bererti separuh tanggungjawabmu kau letakkan padanya, kerana kewajipan menafkahi dan memenuhi keperluan rumah tangga adalah tugasmu. Kerana dia berasal dari tulang rusukmu maka jangan jadikan ia bahagian dari tulang punggungmu.

Wahai Suami…

Jangan biarkan isterimu berfikir bahawa bila dia tidak menitiskan keringat maka tidak akan cukup keperluan rumah tanggamu. Tetapi buatlah dia berfikir bahawa kamu memang ditakdirkan menjadi pemimpin mereka dan kamu sanggup memenuhi tanggungjawabmu.

Wahai Suami…

Cukuplah mengajarkan isteri solehahmu untuk selalu percaya bahawa rezeki itu jaminan Allah SWT. Bersyukur atas rezeki yang datang bukan kerana jumlahnya tetapi hanya mengharapkan keberkatannya. Bukankah Allah telah menjamin kecukupan rezeki atas setiap nyawa? Bagaimana membuka pintu-pintu rezeki itu hanyalah ikhtiar semata dan bagaimana ikhtiar itu dilakukan itulah yang akan dihisab dan ketika merasa kurang maka nilailah kualiti ibadahmu dan gaya hidup keluargamu.

Wahai Suami…

Jika isterimu hanya bergantung hidup kepadamu, ajarkan dia bahawa sebaik-baiknya tempat bergantung hanyalah Allah SWT, sedang dirimu pun mungkin suatu saat tidak ada lagi buat isteri dan anak-anakmu. Maka didiklah isterimu menjadi wanita kuat yang mampu meneruskan tongkat perjuanganmu.

Wahai Suami…

Jika isterimu ada pendapatan sendiri, dia mungkin mampu membeli bajunya dan tudungnya sendiri, beg tangannya sendiri, keperluan kecantikannya sendiri, tetapi sangat berbeza rasanya ketika tanganmu yang memberinya semua keperluan itu atau sekadar belanja makan, kerana di situ dia merasakan bahagia atas adanya dirimu. Bukankah tugasmu untuk menyenangkan hati isterimu.

Wahai Suami…

Bukan pula tugasmu untuk menyenangkan hati wanita lain dengan bersikap manis kepada mereka dan risau dikatakan kedekut oleh mereka, padahal kamu begitu berkira dalam memberi isterimu.

Wahai Suami…

Andai kemewahan tidak mampu kau berikan kepada isterimu, percayalah seorang isteri yang solehah tidak akan mempertikaikannya kerana kesederhanaan cinta pun akan mampu membuatnya bahagia dengan sentiasa mendakap isteri penuh cinta, menelefon mesra, menemaninya memasak atau mengurut tubuh isteri yang keletihan kerana menguruskan rumah dan anak-anakmu.

Wahai Suami…

Berhentilah sejenak ‘berhaha-hihi’ dengan teman-temanmu hingga lewat malam. Ambillah masa sejenak dan beri tumpuan kepada isterimu, berbincang dengan menatap matanya, melihat wajahnya yang semakin meningkat usianya bersamamu. Beri tumpuan pada anak-anakmu. Ia tidak akan mengambil dari 24 jam masa yang kamu ada. Tetapi kelak, merekalah yang akan mengorbankan 24 jam hidupnya ketika kamu sakit dan jatuh tersungkur.

Wahai Suami…

Bangunlah di sepertiga malam, ajaklah isterimu untuk bangun bersujud kepadaNYA, ajaklah isteri dan anak-anak merasa nikmatnya ibadah dan manisnya beriman kepadaNYA

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 Vogue!. All Rights Reserved